SELAMAT DATANG

Khamis, 22 April 2010

OBJEKTIF SEKOLAH

  • Merancang dan melaksanakan program ke arah pendidikan berkualiti
  • Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum
  • Meningkatkan disiplin pelajar ke arah pemantapan sahsiah
  • Meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru khasnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
  • Mewujudkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang lebih sistematik

MISI SEKOLAH

  • Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang melalui amalan sistem kerja yang efisien dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif
  • Memberi peluang pendidikan yang saksama kepada semua pelajar
  • Mempertingkatkan prestasi akedemik,kokurikulum dan sahsiah pelajar
  • Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya kerja bermatlamat serta fokus
  • Memastikan penghasilan pelajar cemerlang yang berterusan

VISI SEKOLAH

Melahirkan pelajar berilmu,berkualiti,serba boleh,sihat dan seimbang berorientasikan Falsafah Pendidikan Negara dan Prinsip-prinsip Rukun Negara

SEJARAH SK KIMONDOU

Nama sekolah kimondou diambil sempena nama sebuah kampung yang paling hampir iaitu kampung kimondou. kimondou dalam bahasa melayu ialah "ada hantu atau penunggu". kini kampung komondou tidak wujud lagi kerana penduduk sudah dipindahkan ke kampung kibbas.

pegawai pelajaran daerah ranau yang berkhidmat pada tahun 1960 an adalah orang yang bertanggungjawab kepada penubuhan sekolah ini. Pada tahun 1963,bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah bilik darjah yang dibina daripada buluh,beratap daun rumbia dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1997,sekolah ini telah bertukar wajah dengan terbinanya bangunan baru oleh kementerian pelajaran. Dua buah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah dan rumah guru siap dibina. Seterusnya,pada tahun 1990 an sk kimondou telah mendapat dua bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah.